Friday 6 May 2016

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI KELAS 4EA1



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat datang ke laman web rasmi kelas 4EA1 KJHS 2016. IN SHA ALLAH, dalam muka pertama blog ini anda akan dapat mengetahui serba sedikit tentang sekolah dan juga kelas ini.
Pertama sekali kelas 4EA1 merupakan sebuah kelas di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI (KJHS) di Sungai Petani. Sekolah ini dinamakan bersempenakan nama bekas Menteri Pelajaran, Tan Sri Mohamed Khir Johari yang juga merupakan anggota Kabinet pertama kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Sekolah ini dimulakan pada tahun 1963 di sebuah bangunan 2 tingkat yang sekarang digunakan oleh pelajar tingkatan 1 dan 2. Kelas tingkatan 4 aliran Sains telah diadakan ada tahun 1969. Terdapat juga pengajian tingkatan 6 di sekolah ini. Tingkatan 6 rendah Sastera telah diadakan pada tahun 1971 manakala aliran Sains telah diadakan pada tahun 1973. 
.(sumber:https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Khir_Johari,_Kedah).

Seterusnya tentang kelas 4EA1. Kelas ini terletak di blok atas koperasi sekolah yang juga berdekatan dengan padang&astaka sekolah, blok tingkatan 6,bilik data(dulu merupakan pejabat sekolah), asrama serta kantin sekolah. Beberapa tahun dahulu kelas ini digunakan oleh pelajar kelas Sains. Kelas 4EA1 merupakan kelas aliran Sastera. Di blok ini juga terdapat lagi 4 kelas tingkatan 4 iaitu kelas 4LK, 4EA2, 4PK dan 4PD.
(Guru tingkatan bersama para pelajar kelas 4EA1 tahun 2016) *Gambar telah diambil di hadapan bilik seni KJHS* terdapat juga perubahan bilangan pelajar
Guru Tingkatan kelas 4EA1 ialah Puan Yusniza Yusop. Beliau merupakan guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual kelas ini serta beberapa kelas lain. Ketua Tingkatan kelas ini ialah Nor Fadzilah Bt Mohammad Ismail dan Penolong Ketua Tingkatan Ialah Thiven Kumar a/l Winson. Kelas ini mempunyai 11 orang pelajar lelaki mana 24 orang pelajar perempuan*bilangan terkini-6 May 2016*. 8 daripadanya adalah pelajar berbangsa India iaitu 2 pelajar perempuan dan 6 pelajar lelaki. Jumlah keseluruhan pelajar dalam kelas ini adalah seramai 35 orang.

Sekian sahaja pengenalan secara ringkas mengenai sekolah dan kelas ini. Pengenalan serta info lebih lanjut akan dimuat naik pada masa akan datang. SekianTterima Kasih
animated-thank-you-image-0109