Thursday 9 June 2016

CARTA ORGANISASI,JADUAL WAKTU DAN JADUAL BERTUGAS & SUSUNAN MEJA DALAM KELAS 4 EA1


          Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebelum memulakan entry pada hari ini, saya selaku ketua tingkatan kelas 4EA1 ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam. Semoga Ramadhan tahun ini dapat kita manfaatkan dengan baik dan semoga Ramadhan ini dapat mengubah diri kita menjadi seorang Muslim yang baik. In sha Allah..

          Sudah tentu setiap kelas perlu mempunyai:
  1) Carta organisasi kelas
  2) Jadual bertugas pelajar
  3) Jadual waktu kelas

         














gambar A                                                                                                     gambar B

          Gambar A adalah gambar design untuk banner carta organisasi kelas. Manakala gambar B adalah banner yang sudah siap digantung di dalam kelas. Istimewa carta kelas ini adalah setiap pelajar memegang satu jawatan dalam kelas. Jawatan AJK dalam kelas seperti AJK keceriaan,kebersihaan dan papan kenyataan dipegang oleh semua pelajar lain yang tidak terlibat dengan jawatan ketua,penolong, setiausaha serta bendahari kelas. Keputusan ini dibuat oleh guru kelas kami. Menurut beliau, secara tidak langsung tindakan ini dapat menyemai tanggungjawab dalam diri pelajar untuk bekerjasama menceriakan kelas dan menaikkan nama kelas. 
jadual bertugas pelajar kelas 4EA1

          Jadual bertugas ini telah disiapkan oleh salah seorang dari AJK keceriaan.
                                                     jadual waktu kelas 4EA1 2016


           Selain dari carta dan jadual yang disediakan mengikut abad yang moden iaitu abad-21, susunan meja di kelas ini juga mengikut susunan abad 21.
          Susunan ini adalah susunan meja abad 21 yang disusun sebelum berlaku perubahan susunan yang juga merupakan susunan meja abad 21. Perubahan susunan ini berlaku kerana terdapat penambahan pelajar. 
                         Ini adalah susunan terkini dalam kelas. 
          
          Sekian sahaja entry untuk hari ini. In sha Allah, pada entry akan datang saya akan update senarai nama pelajar kelas 4EA1 2K16. 
                        animated-thank-you-image-0111

Friday 6 May 2016

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI KELAS 4EA1



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat datang ke laman web rasmi kelas 4EA1 KJHS 2016. IN SHA ALLAH, dalam muka pertama blog ini anda akan dapat mengetahui serba sedikit tentang sekolah dan juga kelas ini.
Pertama sekali kelas 4EA1 merupakan sebuah kelas di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI (KJHS) di Sungai Petani. Sekolah ini dinamakan bersempenakan nama bekas Menteri Pelajaran, Tan Sri Mohamed Khir Johari yang juga merupakan anggota Kabinet pertama kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Sekolah ini dimulakan pada tahun 1963 di sebuah bangunan 2 tingkat yang sekarang digunakan oleh pelajar tingkatan 1 dan 2. Kelas tingkatan 4 aliran Sains telah diadakan ada tahun 1969. Terdapat juga pengajian tingkatan 6 di sekolah ini. Tingkatan 6 rendah Sastera telah diadakan pada tahun 1971 manakala aliran Sains telah diadakan pada tahun 1973. 
.(sumber:https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Khir_Johari,_Kedah).

Seterusnya tentang kelas 4EA1. Kelas ini terletak di blok atas koperasi sekolah yang juga berdekatan dengan padang&astaka sekolah, blok tingkatan 6,bilik data(dulu merupakan pejabat sekolah), asrama serta kantin sekolah. Beberapa tahun dahulu kelas ini digunakan oleh pelajar kelas Sains. Kelas 4EA1 merupakan kelas aliran Sastera. Di blok ini juga terdapat lagi 4 kelas tingkatan 4 iaitu kelas 4LK, 4EA2, 4PK dan 4PD.
(Guru tingkatan bersama para pelajar kelas 4EA1 tahun 2016) *Gambar telah diambil di hadapan bilik seni KJHS* terdapat juga perubahan bilangan pelajar
Guru Tingkatan kelas 4EA1 ialah Puan Yusniza Yusop. Beliau merupakan guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual kelas ini serta beberapa kelas lain. Ketua Tingkatan kelas ini ialah Nor Fadzilah Bt Mohammad Ismail dan Penolong Ketua Tingkatan Ialah Thiven Kumar a/l Winson. Kelas ini mempunyai 11 orang pelajar lelaki mana 24 orang pelajar perempuan*bilangan terkini-6 May 2016*. 8 daripadanya adalah pelajar berbangsa India iaitu 2 pelajar perempuan dan 6 pelajar lelaki. Jumlah keseluruhan pelajar dalam kelas ini adalah seramai 35 orang.

Sekian sahaja pengenalan secara ringkas mengenai sekolah dan kelas ini. Pengenalan serta info lebih lanjut akan dimuat naik pada masa akan datang. SekianTterima Kasih
animated-thank-you-image-0109